|
Nokia 206 dan Nokia 206 Dual |
Sekiranya syarikat-syarikat besar seperti Samsung, Sony dan HTC memfokuskan pembangunan peranti mereka kearah pengeluaran telefon-telefon pintar,
Nokia pula tidak pernah melupakan golongan pengguna yang berpendapatan rendah dengan memperkenalkan telefon terbaru mereka,
Nokia 206 dan
Nokia 206 Dual. Nokia 206 dan Nokia 206 Dual mempunyai reka bentuk yang sama, cuma yang berbezanya Nokia 206 hanya menyokong satu kad SIM manakala Nokia 206 menyokong dua kad SIM.
Dari segi
spesifikasi, sememangnya Nokia 206 dan 206 Dual memiliki ciri-ciri yang sangat asas seperti saiz skrin TFT 2.4 inci dan menyokong warna sehingga 65 000 sahaja. Telefon ini hanya menyokong sambungan GPRS, EDGE dan Bluetooth, dan tidak menyokong sambungan 3G dan WiFi. Telefon ini memiliki satu kamera 1.3 megapixel beresolusi 1280 x 960 pixel.
|
Bentuk ringkas, mudah, bajet dan comel |
Walaupun hadir dengan spesifikasi basic, Nokia 206 dan Nokia 206 Dual ini turut hadir dengan ciri Slam yang memudahkan pemindahan fail antara peranti yang menyokong teknologi Bluetooth tanpa memerlukan proses '
pairing'. Ini bermaksud, anda tidak perlu lagi mencari-cari peranti rakan anda dan bertukar kata laluan, tetapi sebaliknya hanya perlu menyentuh telefon ini dengan peranti rakan anda dan fail anda sudah dikongsi. Anda juga boleh melayari internet dengan pantas dengan Nokia Xpress Browser. Anda juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi untuk memudahkan anda bersosial seperti aplikasi Facebook, Twitter dan banyak lagi.
|
Ciri 'Slam' yang memudahkan perkongsian fail |
Nokia 206 dan Nokia 206 Dual juga mengikut langkah model Nokia dari siri Lumia dengan hadir dalam pelbagai warna-warna terang dan menarik iaitu cyan, magenta, kuning, putih dan hitam. Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan sekiranya kedua-dua telefon bajet, comel dan mudah digunakan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Yang pastinya, sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau datuk dan nenek yang sukar menggunakan telefon pintar yang terlalu complicated, telefon dari Nokia ini mungkin pilihan yang terbaik sebagai alternatif.
|
Pilihan warna menarik |
No comments:
Post a Comment