Gua Blog News

MotoClixx Banner 1 DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Friday, December 14, 2012

Sony Perkenal Xperia E dan Xperia E Dual


Sony semakin giat menghasilkan telefon pintar dari model Xperia mereka. Terbaru, Sony telah memperkenalkan Xperia E dan Xperia E dual. Kedua-dua model ini merupakan telefon pintar entry-level. Rekabentuk kedua-dua telefon ini seruap tetapi berbeza keupayaannya.



Persamaan

Xperia E dan Xperia E dual mempunyai persamaan dari segi rekabentuk, skrin sentuh sebesar 3.5 inci 320 x 480 pixel dan hanya menyokong warna sebanyak 262 000. Kedua-duanya sama saiz dan sama berat.  Xperia E dan Xperia E dual turut hadir dengan kamera belakang dengan sensor 3.2 megapixel. Smartphones ini juga menyokong sambungan 3G.

Antara ciri-ciri yang hadir bersama kedua-dua telefon ini ialah fungsi xLOUD Experience yang membolehkan  teknologi tapisan audio untuk kualiti audio yang lebih jelas dan tajam. Turut hadir ialah teknologi baru yang dipanggil HD Voice yang hanya terdapat pada Xperia E dan E dual ini. HD Voice membolehkan suara anda didengari oleh rakan anda dihujung talian tanpa sebarang gangguan bunyi-bunyi luaran walaupun anda berada dalam persekitaran yang bingit. HD Voice memberikan fungsi noise-cancellation yang hebat supaya suara anda boleh didengari dengan jelas dan kuat tanpa sebarang gangguan dihujung talian.


Perbezaan


Untuk pengetahuan anda, Xperia E dual menyokong fungsi dua kad SIM manakala Xperia E hanya menyokong fungsi kad SIM tunggal. Sekiranya anda tidak suka mencampurkan urusan pejabat atau bisnes dengan urusan peribadi, Xperia E dual sesuai untuk anda. Selain dari itu, Xperia E dilancarkan terus dengan dikuasakan oleh versi Android paling bari iaitu Android 4.1 Jellybean, tetapi Xperia E dual hanya dikuasakan oleh Android 4.0 Ice-cream Sandwich. Walau bagaimanapun, ia boleh dinaiktaraf kepada Android 4.1.


Xperia E boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan merah tetapi Xperia hanya boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Kedua-dua telefon pintar ini juga berbeza dari segi saiz memori tambahan yang boleh disokong. Xperia E boleh menyokong memori luaran microSD sehingga 32 GB manakala kembarnya hanya boleh menyokong sehingga 4 GB sahaja.

Buat masa sekarang, Sony belum mengumumkan lagi harga runcit bagi kedua-dua smartphone ini, tetapi yang pastinya ia tidak akan mencecah seribu ringgit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Xperia E dan Xperia E dual, anda bolehlah mengunjungi laman web rasmi Sony.


No comments:

Post a Comment