Friday, December 14, 2012
Selamat Datang iPhone 5
Selamat Datang ke Malaysia iPhone 5!
Secara rasminya, iPhone 5 telah datang ke Malaysia pada 14 Disember 2012. Walaupun begitu, tidak dinafikan ada warga Malaysia yang sudah pun menukar telefon pintar mereka ke iPhone 5 semenjak telefon keluaran Apple itu dilancarkan di tempat-tempat lain di dunia seperti di Amerika, United Kingdom malah di Singapura.
Sekiranya anda boleh membaca artikel ini, agak mustahil sekiranya anda tidak mengetahui apa itu iPhone 5. Telefon pintar iPhone 5 ialah sebuah produk keluaran syarikat gergasi dunia, Apple yang kini diterajui oleh Tim Cook selaku CEO terbaru selepas pemergian mendiang Steve Jobs. iPhone 5 ialah telefon pintar iPhone generasi yang ke-6 selepas iPhone 4S. Sebelumnya, Apple telah mengeluarkan iPhone 2G, iPhone 3G, iPhone 3GS, dan iPhone 4.
Dari segi teknologinya, iPhone 5 dikuasakan oleh sistem operasi (OS) terbaru Apple iaitu iOS 6 serta dipacu oleh cip yang juga terbaru olek syarikat itu, cip Apple A6 yang berkelajuan hampir dua kali lebih pantas berbanding cip sebelumnya, Apple A5. Walau yang demikian, iPhone 5 masih memberikan pengguna telefon pintar dua teras berbanding dengan telefon pintar empat teras pada telefon-telefon pesaing seperti Samsung Galay Note 2 dan HTC One X. Lagi yang terbaru untuk iPhone 5, telefon ini menyediakan slot kad SIM bersaiz nano berbanding dengan kad SIM micro pada iPhone 4S dan iPhone 4. Telefon pintar ini juga memeberikan teknologi sambungan yang lebih maju dengan keupayaan sambungan LTE (4G), DC-HSDPA serta sambungan Wi-Fi a/b/g/n, selain dari sambungan-sambungan asas.
Dari segi fizikalnya pula, iPhone 5 adalah 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berbanding iPhone 4S. Hadir dengan ketebalan hanya 7.6 mm dan seberat 112 gram sahaja, telefon pintar Apple itu akan terasa lebih mudah dan ergonomik untuk dipegang. iPhone generasi ke-enam itu juga hadir dengan skrin yang lebih besar berbanding iPhone sebelumnya, iaitu dengan skrin berteknologi Retina Display 4.0 inci dan pixel 640 x 1136. Oleh kerana skrin yang lebih besar, kiraan pixel-per-inch (ppi) intuk iPhone 5 adalah kurang, iaitu sebanyak 326 ppi berbanding 330 ppi pada iPhone 4S dan iPhone 4. Telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan itu juga boleh didapati dengan saiz memori 16 GB, 32 GB atau 64 GB. Telfon ini boleh didapati dalam dua versi: Black and Slate, dan White and Silver.
Antara ciri-ciri terbaru yang boleh didapati pada telefon ini ialah sokongan kamera FaceTime 1.2 Megapixel untuk gambar dan rakaman video HD 720 pixel, serta sensor pencahayaan bahagian belakang. Untuk kamera belakang pula, iPhone 5 masih mengekalkan kamera 8 megapixel seperti yang terdapat pada iPhone 4S beserta fungsi-fungsinya seperti fokus automatik, tekan-untuk-fokus, LED flash, pengecaman wajah dan banyak lagi. Namun ada sedikit peningkatan semasa penggambaran video iaitu penstabilan video yang dipertingkatan, pengambilan foto ketika rakaman video, dan pengecaman wajah. iPhone 5 juga hadir dengan lightning connector, sejenis sambungan USB terbaru dari Apple yang tahan lasak serta menyumbang kepada rekabentuk telefon itu lebih nipis.
iPhone 5 Apple ini boleh didapati secara atas talian dengan membelinya secara terus di Apple Store bermula dari RM 2199, atau pun dari Celcom (harga telefon bermula dari RM 278), Digi (harga telefon bermula dari RM 2012), dan Maxis (harga telefon bermula dari hanya RM 0!). Untuk lebih informasi tentang telefon pintar ini, pergi ke laman web rasmi iPhone 5 dari Apple.
Harga runcit yang disyorkan (RRP) untuk iPhone 5
16 GB - RM 2199
32 GB - RM 2499
64 GB - RM 2799
Labels:
Apple,
iOS,
iPhone,
iPhone 5,
Retina Display,
RRP,
Smartphone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment