Gua Blog News

MotoClixx Banner 1 DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Sunday, December 16, 2012

Peranti Windows Phone 8 Paling Murah, Lumia 620





Dikhabarkan melalui blog rasmi Nokia , peranti terbaru mereka dari siri Lumia, Lumia 620 akan menjadi peranti termurah oleh Nokia yang beroperasi dengan sistem operasi (OS) Windows Phone 8. Lumia 620 mempunyai rekabentuk yang lebih compact berbanding dua model Lumia sebelum ini. Kemungkinan besar Nokia menyasarkan smartphone middle-range ini kepada golongan remaja dengan ciri-ciri rekaan yang membenarkan pengguna untuk lebih kreatif menghias telefon Lumia mereka.

Seperti Lumia 820, Lumia 620 membolehkan pengguna menukar kerangka belakangnya tetapi lebih istimewanya, telefon pintar ini didatangkan dengan teknik 'Dual Shot'. Teknik itu melibatkan dua lapisan polycarbonate seperti yang terdapat pada kerangka Lumia 920. Lapisan pertama adalah lapisan asas, iaitu kerangka asal Lumia 620 yang boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, putih, merah, kuning dan biru. Manakala lapisan kedua pula adalah optional, dan lapisan ini ialah lapisan telus atau lut cahaya yang bewarna-warni dan apabila dilapiskan dengan badan lumia 620, akan menghasilkan gabungan warna yang menarik dan energetik, mengikut cita rasa anda.

Dari segi spesifikasinya pula, peranti Windows Phone 8 paling murah, Lumia 620 ini didatangkan hanya dengan sokongan sambungan 3G, paparan skrin TFT sebesar 3.8 inci, beresolusi WVGA 800 x 480 dengan teknologi ClearBack untuk memudahkan pengguna melihat skrin walaupun dalam keadaan luaran yang amat cerah. Lumia 620 hadir dengan RAM sebesar 512 MB, memori dalaman sebesar 8 GB dan menyokong memori tambahan microSD sehingga 64 GB. Telefon pintar ini turut dimuatkan dengan kamera belakang 5 MP yang boleh digunakan untuk merakam video HD 720p dengan 30 frame-per-second. Kamera itu turut hadir dengan LED flash. Smartphone ini juga menyokong teknologi Near Field Communication (NFC) selain sambungan asas seperti Wi-Fi a/b/g/n, Bluetooth 3.0 dan micro USB. Telefon ini dipacu oleh pemacu Snapdragon S4 dua teras berkelajuan 1 GHz. Sayangnya, Lumia 620 tidak hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar seperti Lumia 920 dan Lumia 820.



Setakat ini, belum ada lagi harga runcit cadangan untuk Lumia 620 di Malaysia, tapi yang pastinya, telefon pintar ini akan dilancarkan pada kadar harga yang rendah untuk menarik minat pengguna.

No comments:

Post a Comment