Mungkin anda pernah mendengar tentang Microsoft Surface, sebuah tablet keluaran syarikat yang diketuai oleh Bill Gates yang tidak mahu ketinggalan dalam perlawanan teknologi diantara tablet iPad dari Apple dan tablet-tablet Android dari syarikat seperti Samsung, HTC dan Sony. Walaupun begitu, nampaknya Surface gagal menunjukkan sebarang impak kepada pasaran tablet yang dikuasai oleh produk Apple.
Salah satu punca kegagalan Microsoft Surface adalah berikutan dengan kegagalan promosi Microsoft Surface itu sendiri. Malah, tablet tersebut hanya boleh didapati di kedai-kedai Microsoft sahaja menjadikan tablet ini terhad dan sukar untuk didapati. Tetapi baru-baru ini, Microsoft sudah mula menjual tablet Surface itu melalui gedung jualan besar Best Buy dan Staples untuk menaikkan jualan.
Microsoft Surface dikuasakan oleh Windows 8 dah hadir dengan spesifikasi menarik. Tetapi sejak dari awal kemunculannya, Surface telah berhadapan dengan pelbagai aral yang melintang. Pada awalnya, Surface dijangka mampu memecah tembok jualan yang semakin dikuasai oleh Apple tetapi sangkaan itu meleset.
No comments:
Post a Comment