Gua Blog News

MotoClixx Banner 1 DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Saturday, December 15, 2012

Teaser Peranti BlackBerry 10 'London'


BlackBerry bukanlah satu nama yang asing buat pengguna smartphone. Kemungkinan besar semua sudah tahu yang Research In Motion (RIM), syarikat yang membangunkan telefon pintar BlackBerry atau nama manjanya 'BB'. Pasti ramai yang sudah mengetahui berita tentang kemunculan peranti BB 10 yang dikenali dengan codename 'London'. Beberapa hari lalu, RIM telah mengeluarkan teaser peranti BlackBerry 10 'London' seperti gambar di atas.


Telefon pintar BlackBerry sememangnya dikenali dengan binaan telefon yang berpapan kunci fizikal, tetapi untuk 'kelahiran baru' RIM yang hampir gulung tikar, RIM telah mereka semula produk popular mereka itu dengan berpegang kepada motto terbaru mereka iaitu 'Re-designed. Re-engineered. Re-invented'. Tidak rahsia lagi yang bentuk smartphone BB London juga lebih ringkas seperti iPhone, tetapi hadir dengan ciri-ciri tersendiri. Boleh dikatakan 'London' adalah BlackBerry Playbook versi mini. Seperti yang sedia maklum, BlackBerry popular dengan papan kekunci fizikal mereka jadi untuk menghasilkan telefon bimbit tanpa kekunci fizikal merupakan satu risiko buat mereka. Walau bagaimanapun, pihak RIM tidak sama sekali menjadikan risiko itu satu halangan buat mereka, malah mereka telah mengkaji penggunaan skrin sentuh dan menaik taraf sistem penaipan menerusi kekunci maya yang boleh menyaingi penggunaan kekunci fizikal pada peranti-peranti BlackBerry yang lain masa ini. Anda boleh lihat video dibawah untuk mengetahui lanjut tentang inovasi papan kekunci maya ini.



Menurut Vivek Bhardwaj antara ciri-ciri inovatif yang terdapat pada peranti BlackBerry 10 itu ialah keupayaan untuk mengesan kesalahan dalam penjarakan antara perkataan. Peranti tersebut berupaya untuk membetulkan kesalahan tersebut secara automatik dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Jadi sekiranya anda menulis mesej dengan pantas dan terlupa untuk menekan 'space bar', anda tidak perlu lagi risau. Malah, rekabentuk kekunci virtual itu memudahkan pengguna untuk menaip mesej dengan satu tangan tanpa banyak kesalahan.


Khabar angin mengatakan smartphone BlackBerry 10 London ini akan hadir dengan skrin 4.2 inci, beresolusi 1280 x 768 pixel, pemacu dua teras, 16 GB memori dalaman dan berupaya menyokong memroi tambahan microSD,  1 GB RAM, dan menyokong teknologi Near Field Communication (NFC). Peranti BlackBerry 10 'London' akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Januari tahun depan.

No comments:

Post a Comment