Windows 8 dari Microsoft boleh dikatakan masih baru dipasaran, tetapi ura-ura mengatakan syarikat itu sudah pun mula bereksperimentasi dengan sistem operasi baru. Dijangka sistem operasi tersebut Windows 9 atau kod namanya Windows 'Blue' bakal keluar seawal 2013. Pihak Microsoft belum mengumumkan apa-apa tentang hal ini. Ura-ura ini pertama kali dilaporkan sebulan yang lepas oleh laman sesawang teknologi The Verge yang melaporkan sistem operasi (OS) generasi baru dari Microsoft bakal hadir.
Khabar angin ini telah menjadi hangat dikalangan komuniti cyber apabila seorang pengguna forum PC Beta bergelar 'Maxy' mendedahkan bahawa Windows 'Blue' masih berada pada tahap alpha. Menurutnya juga, Windows 'Blue' masih mengekalkan antaramuka pengguna (UI) Metro seperti yang terdapat pada Windows 8, cuma UI tersebut lebih mudah disesuaikan oleh pengguna mengikut citarasa. Antaramuka itu juga dikatakan lebih 'flat' atau rata berbanding antaramuka Metro yang terdapat pada Windows 8. Bagi yang inginkan butang 'Start' untuk kembali, harap maaf, butang 'Start' akan kembali biarpun dalam sistem operasi terbaru ini.
Walaupun Microsoft telah melakukan perubahan yang drastik pada produk Windows mereka, tetapi mreka masih sukar menarik pelanggan. Situasi yang sama berlaku semasa perubahan dari Windows XP kepada Windows Vista. Dalam hal ini, Windows 8 boleh dikatakan berada dalam posisi Windows Vista, dan Windows 7 berada dalam posisi Windows XP. Microsoft berusaha keras untuk mengubah hal itu. Khabar angin juga mengatakan harga untuk menaik taraf dari Windows 8 kepada Windows 'Blue' nanti mungkin lebih murah berbanding proses menaik taraf sistem operasi sekarang. OS ini dikatakan boleh di'upgrade' setiap tahun sama seperti OS X oleh Apple.
gagjet dan teknologi takkan pernah berhenti persaingannya
ReplyDelete