Gua Blog News

MotoClixx Banner 1 DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Sunday, January 6, 2013

Nokia 206 Dan Nokia 206 Dual: Bajet, Comel, Dan Mudah Diguna!

Nokia 206 dan Nokia 206 Dual

Sekiranya syarikat-syarikat besar seperti Samsung, Sony dan HTC memfokuskan pembangunan peranti mereka kearah pengeluaran telefon-telefon pintar, Nokia pula tidak pernah melupakan golongan pengguna yang berpendapatan rendah dengan memperkenalkan telefon terbaru mereka, Nokia 206 dan Nokia 206 Dual. Nokia 206 dan Nokia 206 Dual mempunyai reka bentuk yang sama, cuma yang berbezanya Nokia 206 hanya menyokong satu kad SIM manakala Nokia 206 menyokong dua kad SIM.

Dari segi spesifikasi, sememangnya Nokia 206 dan 206 Dual memiliki ciri-ciri yang sangat asas seperti saiz skrin TFT 2.4 inci dan menyokong warna sehingga 65 000 sahaja. Telefon ini hanya menyokong sambungan GPRS, EDGE dan Bluetooth, dan tidak menyokong sambungan 3G dan WiFi. Telefon ini memiliki satu kamera 1.3 megapixel beresolusi 1280 x 960 pixel.

Bentuk ringkas, mudah, bajet dan comel

Walaupun hadir dengan spesifikasi basic, Nokia 206 dan Nokia 206 Dual ini turut hadir dengan ciri Slam yang memudahkan pemindahan fail antara peranti yang menyokong teknologi Bluetooth tanpa memerlukan proses 'pairing'. Ini bermaksud, anda tidak perlu lagi mencari-cari peranti rakan anda dan bertukar kata laluan, tetapi sebaliknya hanya perlu menyentuh telefon ini dengan peranti rakan anda dan fail anda sudah dikongsi. Anda juga boleh melayari internet dengan pantas dengan Nokia Xpress Browser. Anda juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi untuk memudahkan anda bersosial seperti aplikasi Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Ciri 'Slam' yang memudahkan perkongsian fail

Nokia 206 dan Nokia 206 Dual juga mengikut langkah model Nokia dari siri Lumia dengan hadir dalam pelbagai warna-warna terang dan menarik iaitu cyan, magenta, kuning, putih dan hitam. Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan sekiranya kedua-dua telefon bajet, comel dan mudah digunakan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Yang pastinya, sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau datuk dan nenek yang sukar menggunakan telefon pintar yang terlalu complicated, telefon dari Nokia ini mungkin pilihan yang terbaik sebagai alternatif.


Pilihan warna menarik



Thursday, January 3, 2013

Smartphone Hebat Yang Bakal Muncul Di Consumer Electronic Show 2013 Nanti

Consumer Electronic Show (CES) 2013 akan berlangusng tidak lama lagi bermula 8 hingga 11 Januari ini. Kebanyakan pengguna-pengguna telefon pintar sudah tidak sabar lagi untuk melihat kemunculan trend telefon-telefon pintar baru yang bakal memenuhi pasaran sepanjang tahun 2013 ini. Yang pastinya, sudah banyak syarikat-syarikat pengeluar smartphone yang telah mengeluarkan smartphone yang dipacu oleh pemacu empat teras dan jugak berskrin besar mencecah lebih 5 inci lewat 2012, dan dijangka trend ini akan menjadi lebih rancak pada tahun ini.


Sony

Walaupun gambar Sony Xperia Z (Yuga) sudahpun lama tertiris di internet, pada tahun baru lepas, laman Sony sudahpun mengeluarkan gambar Sony Xperia Z dan juga Xperia ZL (Odin) seminggu sebelum CES 2013 berlangsung. Walau bagaimanapun, spesifikasi kedua-dua telefon pintar ini masih menjadi tanda tanya, tetapi khabar angin mengatakan smartphone ini dipacu oleh pemacu empat teras dan berskrin HD 1080p bersaiz 5 inci.

Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZL

HTC

Khabar angin tentang kemunculan telefon pintar HTC yang berkod nama 'M7' mula-mula diperdengarkan dari pengguna forum XDA-Developers bernama 'Football' yang juga pernah melaporkan secara tepat kemunculan peranti-peranti HTC sebelumnya. HTC baru sahaja memperkenalkan HTC Droid DNA yang berspesifikasi hebat untuk Verizon, mungkinkah 'M7' akan hadir dengan ciri-ciri yang terdapat pada Droid DNA?

HTC 'M7'?

BlackBerry

Bagi peminat-peminat BlackBerry, CES 2013 ini merupakan kebangkitan kembali Research In Motion (RIM) dalam persaingan telefon pintar. Dengan hadirnya BlackBerry 10 dengan peranti-peranti terbaru dari siri L, yang pernah dilaporkan dalam entri INI, dan juga siri N, yang baru-baru ni tertiris diinternet.

BlackBerry L-Series

BlackBerry N-Series

Samsung

Samsung telah mengatakan bahawa mereka tidak akan memperkenalkan Samsung Galaxy S4 pada acara CES tahun ini, tetapi seperti yang pernah dilaporkan dalam entri yang lepas, salah satu telefon pintar yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Samsung ialah Samsung Galaxy Grand. Samsung juga akan memperkenalkan secara rasmi Samsung Ativ S, telefon pintar mereka yang dikuasakan oleh sistem operasi (OS) Windows Phone 8.

Samsung Galaxy Grand


Samsung Ativ S

Huawei

Dalam entri yang lepas, sudah dipaparkan tentang kemunculan phablet Huawei Ascend Mate dengan skrin bersaiz 6.1 inci tetapi spesifikasinya masih menjadi tanda tanya. Pada CES 2013 ini nanti, persoalan ini mungkin terjawab samaada phablet ini mampu menyaingi Samsung Galaxy Note II.

Huawei Ascend Mate

ZTE

ZTE mungkin bukanlah nama yang popular jika dibandingkan dengan Apple, BlackBerry, Samsung mahupun HTC. Tetapi ZTE semakin rancak menempa nama dalam pengeluaran smartphone. Di CES 2013 nanti, ZTE kemungkinan besar akan memperkenalkan secara rasmi kepada dunia dua telefon pintar Android baru mereka, Nubia Z5 dan ZTE Grand S kedua-duanya berskrin besar. ZTE juga dikatakan akan mengeluarkan phablet yang menyokong OS Windows Phone.

ZTE Nubia Z5

ZTE Grand S

Windows Phone Dari ZTE?