Gua Blog News

MotoClixx Banner 1 DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Sunday, January 6, 2013

Nokia 206 Dan Nokia 206 Dual: Bajet, Comel, Dan Mudah Diguna!

Nokia 206 dan Nokia 206 Dual

Sekiranya syarikat-syarikat besar seperti Samsung, Sony dan HTC memfokuskan pembangunan peranti mereka kearah pengeluaran telefon-telefon pintar, Nokia pula tidak pernah melupakan golongan pengguna yang berpendapatan rendah dengan memperkenalkan telefon terbaru mereka, Nokia 206 dan Nokia 206 Dual. Nokia 206 dan Nokia 206 Dual mempunyai reka bentuk yang sama, cuma yang berbezanya Nokia 206 hanya menyokong satu kad SIM manakala Nokia 206 menyokong dua kad SIM.

Dari segi spesifikasi, sememangnya Nokia 206 dan 206 Dual memiliki ciri-ciri yang sangat asas seperti saiz skrin TFT 2.4 inci dan menyokong warna sehingga 65 000 sahaja. Telefon ini hanya menyokong sambungan GPRS, EDGE dan Bluetooth, dan tidak menyokong sambungan 3G dan WiFi. Telefon ini memiliki satu kamera 1.3 megapixel beresolusi 1280 x 960 pixel.

Bentuk ringkas, mudah, bajet dan comel

Walaupun hadir dengan spesifikasi basic, Nokia 206 dan Nokia 206 Dual ini turut hadir dengan ciri Slam yang memudahkan pemindahan fail antara peranti yang menyokong teknologi Bluetooth tanpa memerlukan proses 'pairing'. Ini bermaksud, anda tidak perlu lagi mencari-cari peranti rakan anda dan bertukar kata laluan, tetapi sebaliknya hanya perlu menyentuh telefon ini dengan peranti rakan anda dan fail anda sudah dikongsi. Anda juga boleh melayari internet dengan pantas dengan Nokia Xpress Browser. Anda juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi untuk memudahkan anda bersosial seperti aplikasi Facebook, Twitter dan banyak lagi.

Ciri 'Slam' yang memudahkan perkongsian fail

Nokia 206 dan Nokia 206 Dual juga mengikut langkah model Nokia dari siri Lumia dengan hadir dalam pelbagai warna-warna terang dan menarik iaitu cyan, magenta, kuning, putih dan hitam. Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan sekiranya kedua-dua telefon bajet, comel dan mudah digunakan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Yang pastinya, sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau datuk dan nenek yang sukar menggunakan telefon pintar yang terlalu complicated, telefon dari Nokia ini mungkin pilihan yang terbaik sebagai alternatif.


Pilihan warna menarik



Thursday, January 3, 2013

Smartphone Hebat Yang Bakal Muncul Di Consumer Electronic Show 2013 Nanti

Consumer Electronic Show (CES) 2013 akan berlangusng tidak lama lagi bermula 8 hingga 11 Januari ini. Kebanyakan pengguna-pengguna telefon pintar sudah tidak sabar lagi untuk melihat kemunculan trend telefon-telefon pintar baru yang bakal memenuhi pasaran sepanjang tahun 2013 ini. Yang pastinya, sudah banyak syarikat-syarikat pengeluar smartphone yang telah mengeluarkan smartphone yang dipacu oleh pemacu empat teras dan jugak berskrin besar mencecah lebih 5 inci lewat 2012, dan dijangka trend ini akan menjadi lebih rancak pada tahun ini.


Sony

Walaupun gambar Sony Xperia Z (Yuga) sudahpun lama tertiris di internet, pada tahun baru lepas, laman Sony sudahpun mengeluarkan gambar Sony Xperia Z dan juga Xperia ZL (Odin) seminggu sebelum CES 2013 berlangsung. Walau bagaimanapun, spesifikasi kedua-dua telefon pintar ini masih menjadi tanda tanya, tetapi khabar angin mengatakan smartphone ini dipacu oleh pemacu empat teras dan berskrin HD 1080p bersaiz 5 inci.

Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZL

HTC

Khabar angin tentang kemunculan telefon pintar HTC yang berkod nama 'M7' mula-mula diperdengarkan dari pengguna forum XDA-Developers bernama 'Football' yang juga pernah melaporkan secara tepat kemunculan peranti-peranti HTC sebelumnya. HTC baru sahaja memperkenalkan HTC Droid DNA yang berspesifikasi hebat untuk Verizon, mungkinkah 'M7' akan hadir dengan ciri-ciri yang terdapat pada Droid DNA?

HTC 'M7'?

BlackBerry

Bagi peminat-peminat BlackBerry, CES 2013 ini merupakan kebangkitan kembali Research In Motion (RIM) dalam persaingan telefon pintar. Dengan hadirnya BlackBerry 10 dengan peranti-peranti terbaru dari siri L, yang pernah dilaporkan dalam entri INI, dan juga siri N, yang baru-baru ni tertiris diinternet.

BlackBerry L-Series

BlackBerry N-Series

Samsung

Samsung telah mengatakan bahawa mereka tidak akan memperkenalkan Samsung Galaxy S4 pada acara CES tahun ini, tetapi seperti yang pernah dilaporkan dalam entri yang lepas, salah satu telefon pintar yang akan dilancarkan secara rasmi oleh Samsung ialah Samsung Galaxy Grand. Samsung juga akan memperkenalkan secara rasmi Samsung Ativ S, telefon pintar mereka yang dikuasakan oleh sistem operasi (OS) Windows Phone 8.

Samsung Galaxy Grand


Samsung Ativ S

Huawei

Dalam entri yang lepas, sudah dipaparkan tentang kemunculan phablet Huawei Ascend Mate dengan skrin bersaiz 6.1 inci tetapi spesifikasinya masih menjadi tanda tanya. Pada CES 2013 ini nanti, persoalan ini mungkin terjawab samaada phablet ini mampu menyaingi Samsung Galaxy Note II.

Huawei Ascend Mate

ZTE

ZTE mungkin bukanlah nama yang popular jika dibandingkan dengan Apple, BlackBerry, Samsung mahupun HTC. Tetapi ZTE semakin rancak menempa nama dalam pengeluaran smartphone. Di CES 2013 nanti, ZTE kemungkinan besar akan memperkenalkan secara rasmi kepada dunia dua telefon pintar Android baru mereka, Nubia Z5 dan ZTE Grand S kedua-duanya berskrin besar. ZTE juga dikatakan akan mengeluarkan phablet yang menyokong OS Windows Phone.

ZTE Nubia Z5

ZTE Grand S

Windows Phone Dari ZTE?

Friday, December 28, 2012

Windows 'Blue' Bakal Keluar Seawal 2013?



Windows 8 dari Microsoft boleh dikatakan masih baru dipasaran, tetapi ura-ura mengatakan syarikat itu sudah pun mula bereksperimentasi dengan sistem operasi baru. Dijangka sistem operasi tersebut Windows 9 atau kod namanya Windows 'Blue' bakal keluar seawal 2013. Pihak Microsoft belum mengumumkan apa-apa tentang hal ini. Ura-ura ini pertama kali dilaporkan sebulan yang lepas oleh laman sesawang teknologi The Verge yang melaporkan sistem operasi (OS) generasi baru dari Microsoft bakal hadir.

Khabar angin ini telah menjadi hangat dikalangan komuniti cyber apabila seorang pengguna forum PC Beta bergelar 'Maxy' mendedahkan bahawa Windows 'Blue' masih berada pada tahap alpha. Menurutnya juga, Windows 'Blue' masih mengekalkan antaramuka pengguna (UI) Metro seperti yang terdapat pada Windows 8, cuma UI tersebut lebih mudah disesuaikan oleh pengguna mengikut citarasa. Antaramuka itu juga dikatakan lebih 'flat' atau rata berbanding antaramuka Metro yang terdapat pada Windows 8. Bagi yang inginkan butang 'Start' untuk kembali, harap maaf, butang 'Start' akan kembali biarpun dalam sistem operasi terbaru ini.


Walaupun Microsoft telah melakukan perubahan yang drastik pada produk Windows mereka, tetapi mreka masih sukar menarik pelanggan. Situasi yang sama berlaku semasa perubahan dari Windows XP kepada Windows Vista. Dalam hal ini, Windows 8 boleh dikatakan berada dalam posisi Windows Vista, dan Windows 7 berada dalam posisi Windows XP. Microsoft berusaha keras untuk mengubah hal itu. Khabar angin juga mengatakan harga untuk menaik taraf dari Windows 8 kepada Windows 'Blue' nanti mungkin lebih murah berbanding proses menaik taraf sistem operasi sekarang. OS ini dikatakan boleh di'upgrade' setiap tahun sama seperti OS X oleh Apple. 

Senarai Telefon Pintar 3G Yang Layak Menerima Rebat RM 200 Dari SKMM



Tentunya ramai sudah tahu tentang rebat RM 200 pada telefon pintar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2013 yang lepas. Projek yang diberi nama Pakej Komunikasi Belia ini merupakan salah satu program dari kerajaan yang dibantu dan diselenggara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Program ini akan memanfaatkan 1.5 juta belia diseluruh negara. Sesiapa yang telah mencukupi syarat-syarat berikut bolehlah mendaftar di lawan web rasmi SKMM bermula 1 Januari 2013. Program ini berlangsung bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sejumlah RM 300 juta habis digunakan, ;yang mana terdahulu. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Berikut merupakan senarai telefon pintar 3G yang layak menerima rebat RM 200 dari SKMM. Anda boleh klik model-model telefon berikut untuk melihat dan mendapat info lanjut tentang telefon tersebut;

1. Alcatel 993D
2. Alcatel OneTouch Glory 2
3. Alcatel OneTouch Inspire 2
4. The Buzz Phone
5. HTC Wildfire
6. Huawei Ideos X3
7. LG Optimus L3
8. Ninetology Black Pearl II
9. Ninetology Palette
10. Nokia 2730
11. Nokia 7230
12. Nokia Asha 305
13. Nokia Asha 308
14. Nokia Asha 311
15. Nokia C2-03
16. Nokia Lumia 610
17. Samsung Galaxy Chat
18. Samsung Galaxy Mini
19. Samsung Galaxy Pocket
20. Samsung Galaxy Y
21. Sony Xperia Tipo
22. ZTE Acqua
23. ZTE V790

Senarai ini dikemaskini pada 26 Disember 2012. Senarai ni mungkin akan ditambah pada masa akan datang.


Monday, December 24, 2012

Huawei Ascend Mate, Phablet Berskrin 6.1 Inci

Imej: Weibo, Engadget

Nampaknya CEO Huawei, Richard Yu tidak boleh bersabar lagi untuk Consumer Electronic Show (CES) 2013. Beliau telah mendedahkan telefon pintar/tablet (phablet) terbaru dari syarikat itu, iaitu Huawei Ascend Mate, phablet berskrin 6.1 inci di sebuah kedai Huawei di Guangzhou, China. Ternyata saiz itu lebih besar berbanding dengan saiz skrin Samsung Galaxy Note II.

Imej: Weibo, Engadget

Selain itu, Huawei Ascend Mate, phablet berskrin 6.1 inci ini juga boleh bermegah dengan paparan skrin Full HD 1080p dengan 361 pixel per inch yang jauh lebih hebat berbanding Retina Display pada iPhone mahupun iPad. Walaupun spesifikasi penuh belum didedahkan lagi, phablet ini dijangka hadir dengan pemacu empat teras HiSilicon K3V3 berkelajuan 1.8 GHz, RAM sebesar 2 GB dan dikuasakan oleh Android 4.1 Jelly Bean. Phablet ini turut hadir dengan bateri yang besar iaitu bateri 4000 mAh.

Imej: Weibo, Engadget

Walaupun saiz telefon ini besar, dijangka harga telefon pintar ini tidaklah begitu mahal dibandingkan dengan telefon-telefon pintar dari Samsung atau Apple. Dijangka, Huawei Ascend Mate berharga $481. Leibh info akan didapati semasa CES 2013 yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.

Tuesday, December 18, 2012

Samsung Galaxy Grand, Tidak Segah Nama?


imej: Gizmodo

Syarikat gergasi Korea baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar terbaru dari barisan model Galaxy iaitu Samsung Galaxy Grand. Tetapi, spesifikasi-spesifikasi yang ditawarkan pada telefon pintar ini ternyata tidak se'Grand' seperti namanya.

Smartphone terbaru Samsung ini dikuasakan oleh sistem operasi (OS) Android 4.1.2 Jelly Bean dan dipacu oleh hanya pemacu dua teras berkelajuan 1.2 GHz berbanding pemacu empat keras pada Samsung Galaxy SIII dan Samsung Galaxy Note II. Walaupun paparan skrin telefon ini lebih besar berbanding SIII, iaitu sebesar 5.0 inci, tetapi ia hanya didatangkan dengan skrin WVGA beresolusi 800 x 480 yang pastinya menghampakan pengguna dari segi ketajaman paparan.

imej: Cnet

Dari segi sambungan, Samsung Galaxy Grand menyokong sambungan 3G tetapi tidak menyokong sambungan LTE (4G). Smartphone ini juga menyokong sambungan-sambungan asas seperti Wi-Fi b/g/n, Bluetooth dan DLNA. Telefon pintar ini akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu versi kad SIM tunggal (model I9080), dan versi dua kad SIM (model I9082) untuk kemudahan pengguna yang mahukan nombor bisnes dan nombor peribadi dalam peranti yang sama. Peranti ini disediakan dengan memori dalaman sebesar 8 GB dan juga menyokong memori tambahan.

Berdasarkan spesifikasi yang tlah diberikan, Samsung Galaxy Grand tidaklah segah namanya. Kemungkinan Samsung akan melancarkan telefon ini secara rasmi dalam acara CES 2013 pada Januari akan datang.


Sunday, December 16, 2012

Peranti Windows Phone 8 Paling Murah, Lumia 620





Dikhabarkan melalui blog rasmi Nokia , peranti terbaru mereka dari siri Lumia, Lumia 620 akan menjadi peranti termurah oleh Nokia yang beroperasi dengan sistem operasi (OS) Windows Phone 8. Lumia 620 mempunyai rekabentuk yang lebih compact berbanding dua model Lumia sebelum ini. Kemungkinan besar Nokia menyasarkan smartphone middle-range ini kepada golongan remaja dengan ciri-ciri rekaan yang membenarkan pengguna untuk lebih kreatif menghias telefon Lumia mereka.

Seperti Lumia 820, Lumia 620 membolehkan pengguna menukar kerangka belakangnya tetapi lebih istimewanya, telefon pintar ini didatangkan dengan teknik 'Dual Shot'. Teknik itu melibatkan dua lapisan polycarbonate seperti yang terdapat pada kerangka Lumia 920. Lapisan pertama adalah lapisan asas, iaitu kerangka asal Lumia 620 yang boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, putih, merah, kuning dan biru. Manakala lapisan kedua pula adalah optional, dan lapisan ini ialah lapisan telus atau lut cahaya yang bewarna-warni dan apabila dilapiskan dengan badan lumia 620, akan menghasilkan gabungan warna yang menarik dan energetik, mengikut cita rasa anda.

Dari segi spesifikasinya pula, peranti Windows Phone 8 paling murah, Lumia 620 ini didatangkan hanya dengan sokongan sambungan 3G, paparan skrin TFT sebesar 3.8 inci, beresolusi WVGA 800 x 480 dengan teknologi ClearBack untuk memudahkan pengguna melihat skrin walaupun dalam keadaan luaran yang amat cerah. Lumia 620 hadir dengan RAM sebesar 512 MB, memori dalaman sebesar 8 GB dan menyokong memori tambahan microSD sehingga 64 GB. Telefon pintar ini turut dimuatkan dengan kamera belakang 5 MP yang boleh digunakan untuk merakam video HD 720p dengan 30 frame-per-second. Kamera itu turut hadir dengan LED flash. Smartphone ini juga menyokong teknologi Near Field Communication (NFC) selain sambungan asas seperti Wi-Fi a/b/g/n, Bluetooth 3.0 dan micro USB. Telefon ini dipacu oleh pemacu Snapdragon S4 dua teras berkelajuan 1 GHz. Sayangnya, Lumia 620 tidak hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar seperti Lumia 920 dan Lumia 820.



Setakat ini, belum ada lagi harga runcit cadangan untuk Lumia 620 di Malaysia, tapi yang pastinya, telefon pintar ini akan dilancarkan pada kadar harga yang rendah untuk menarik minat pengguna.