Gua Blog News

MotoClixx Banner 1 DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Friday, December 28, 2012

Windows 'Blue' Bakal Keluar Seawal 2013?



Windows 8 dari Microsoft boleh dikatakan masih baru dipasaran, tetapi ura-ura mengatakan syarikat itu sudah pun mula bereksperimentasi dengan sistem operasi baru. Dijangka sistem operasi tersebut Windows 9 atau kod namanya Windows 'Blue' bakal keluar seawal 2013. Pihak Microsoft belum mengumumkan apa-apa tentang hal ini. Ura-ura ini pertama kali dilaporkan sebulan yang lepas oleh laman sesawang teknologi The Verge yang melaporkan sistem operasi (OS) generasi baru dari Microsoft bakal hadir.

Khabar angin ini telah menjadi hangat dikalangan komuniti cyber apabila seorang pengguna forum PC Beta bergelar 'Maxy' mendedahkan bahawa Windows 'Blue' masih berada pada tahap alpha. Menurutnya juga, Windows 'Blue' masih mengekalkan antaramuka pengguna (UI) Metro seperti yang terdapat pada Windows 8, cuma UI tersebut lebih mudah disesuaikan oleh pengguna mengikut citarasa. Antaramuka itu juga dikatakan lebih 'flat' atau rata berbanding antaramuka Metro yang terdapat pada Windows 8. Bagi yang inginkan butang 'Start' untuk kembali, harap maaf, butang 'Start' akan kembali biarpun dalam sistem operasi terbaru ini.


Walaupun Microsoft telah melakukan perubahan yang drastik pada produk Windows mereka, tetapi mreka masih sukar menarik pelanggan. Situasi yang sama berlaku semasa perubahan dari Windows XP kepada Windows Vista. Dalam hal ini, Windows 8 boleh dikatakan berada dalam posisi Windows Vista, dan Windows 7 berada dalam posisi Windows XP. Microsoft berusaha keras untuk mengubah hal itu. Khabar angin juga mengatakan harga untuk menaik taraf dari Windows 8 kepada Windows 'Blue' nanti mungkin lebih murah berbanding proses menaik taraf sistem operasi sekarang. OS ini dikatakan boleh di'upgrade' setiap tahun sama seperti OS X oleh Apple. 

Senarai Telefon Pintar 3G Yang Layak Menerima Rebat RM 200 Dari SKMM



Tentunya ramai sudah tahu tentang rebat RM 200 pada telefon pintar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan bajet 2013 yang lepas. Projek yang diberi nama Pakej Komunikasi Belia ini merupakan salah satu program dari kerajaan yang dibantu dan diselenggara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Program ini akan memanfaatkan 1.5 juta belia diseluruh negara. Sesiapa yang telah mencukupi syarat-syarat berikut bolehlah mendaftar di lawan web rasmi SKMM bermula 1 Januari 2013. Program ini berlangsung bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sejumlah RM 300 juta habis digunakan, ;yang mana terdahulu. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Berikut merupakan senarai telefon pintar 3G yang layak menerima rebat RM 200 dari SKMM. Anda boleh klik model-model telefon berikut untuk melihat dan mendapat info lanjut tentang telefon tersebut;

1. Alcatel 993D
2. Alcatel OneTouch Glory 2
3. Alcatel OneTouch Inspire 2
4. The Buzz Phone
5. HTC Wildfire
6. Huawei Ideos X3
7. LG Optimus L3
8. Ninetology Black Pearl II
9. Ninetology Palette
10. Nokia 2730
11. Nokia 7230
12. Nokia Asha 305
13. Nokia Asha 308
14. Nokia Asha 311
15. Nokia C2-03
16. Nokia Lumia 610
17. Samsung Galaxy Chat
18. Samsung Galaxy Mini
19. Samsung Galaxy Pocket
20. Samsung Galaxy Y
21. Sony Xperia Tipo
22. ZTE Acqua
23. ZTE V790

Senarai ini dikemaskini pada 26 Disember 2012. Senarai ni mungkin akan ditambah pada masa akan datang.


Monday, December 24, 2012

Huawei Ascend Mate, Phablet Berskrin 6.1 Inci

Imej: Weibo, Engadget

Nampaknya CEO Huawei, Richard Yu tidak boleh bersabar lagi untuk Consumer Electronic Show (CES) 2013. Beliau telah mendedahkan telefon pintar/tablet (phablet) terbaru dari syarikat itu, iaitu Huawei Ascend Mate, phablet berskrin 6.1 inci di sebuah kedai Huawei di Guangzhou, China. Ternyata saiz itu lebih besar berbanding dengan saiz skrin Samsung Galaxy Note II.

Imej: Weibo, Engadget

Selain itu, Huawei Ascend Mate, phablet berskrin 6.1 inci ini juga boleh bermegah dengan paparan skrin Full HD 1080p dengan 361 pixel per inch yang jauh lebih hebat berbanding Retina Display pada iPhone mahupun iPad. Walaupun spesifikasi penuh belum didedahkan lagi, phablet ini dijangka hadir dengan pemacu empat teras HiSilicon K3V3 berkelajuan 1.8 GHz, RAM sebesar 2 GB dan dikuasakan oleh Android 4.1 Jelly Bean. Phablet ini turut hadir dengan bateri yang besar iaitu bateri 4000 mAh.

Imej: Weibo, Engadget

Walaupun saiz telefon ini besar, dijangka harga telefon pintar ini tidaklah begitu mahal dibandingkan dengan telefon-telefon pintar dari Samsung atau Apple. Dijangka, Huawei Ascend Mate berharga $481. Leibh info akan didapati semasa CES 2013 yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.

Tuesday, December 18, 2012

Samsung Galaxy Grand, Tidak Segah Nama?


imej: Gizmodo

Syarikat gergasi Korea baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar terbaru dari barisan model Galaxy iaitu Samsung Galaxy Grand. Tetapi, spesifikasi-spesifikasi yang ditawarkan pada telefon pintar ini ternyata tidak se'Grand' seperti namanya.

Smartphone terbaru Samsung ini dikuasakan oleh sistem operasi (OS) Android 4.1.2 Jelly Bean dan dipacu oleh hanya pemacu dua teras berkelajuan 1.2 GHz berbanding pemacu empat keras pada Samsung Galaxy SIII dan Samsung Galaxy Note II. Walaupun paparan skrin telefon ini lebih besar berbanding SIII, iaitu sebesar 5.0 inci, tetapi ia hanya didatangkan dengan skrin WVGA beresolusi 800 x 480 yang pastinya menghampakan pengguna dari segi ketajaman paparan.

imej: Cnet

Dari segi sambungan, Samsung Galaxy Grand menyokong sambungan 3G tetapi tidak menyokong sambungan LTE (4G). Smartphone ini juga menyokong sambungan-sambungan asas seperti Wi-Fi b/g/n, Bluetooth dan DLNA. Telefon pintar ini akan dikeluarkan dalam dua versi iaitu versi kad SIM tunggal (model I9080), dan versi dua kad SIM (model I9082) untuk kemudahan pengguna yang mahukan nombor bisnes dan nombor peribadi dalam peranti yang sama. Peranti ini disediakan dengan memori dalaman sebesar 8 GB dan juga menyokong memori tambahan.

Berdasarkan spesifikasi yang tlah diberikan, Samsung Galaxy Grand tidaklah segah namanya. Kemungkinan Samsung akan melancarkan telefon ini secara rasmi dalam acara CES 2013 pada Januari akan datang.


Sunday, December 16, 2012

Peranti Windows Phone 8 Paling Murah, Lumia 620





Dikhabarkan melalui blog rasmi Nokia , peranti terbaru mereka dari siri Lumia, Lumia 620 akan menjadi peranti termurah oleh Nokia yang beroperasi dengan sistem operasi (OS) Windows Phone 8. Lumia 620 mempunyai rekabentuk yang lebih compact berbanding dua model Lumia sebelum ini. Kemungkinan besar Nokia menyasarkan smartphone middle-range ini kepada golongan remaja dengan ciri-ciri rekaan yang membenarkan pengguna untuk lebih kreatif menghias telefon Lumia mereka.

Seperti Lumia 820, Lumia 620 membolehkan pengguna menukar kerangka belakangnya tetapi lebih istimewanya, telefon pintar ini didatangkan dengan teknik 'Dual Shot'. Teknik itu melibatkan dua lapisan polycarbonate seperti yang terdapat pada kerangka Lumia 920. Lapisan pertama adalah lapisan asas, iaitu kerangka asal Lumia 620 yang boleh didapati dalam lima warna iaitu hitam, putih, merah, kuning dan biru. Manakala lapisan kedua pula adalah optional, dan lapisan ini ialah lapisan telus atau lut cahaya yang bewarna-warni dan apabila dilapiskan dengan badan lumia 620, akan menghasilkan gabungan warna yang menarik dan energetik, mengikut cita rasa anda.

Dari segi spesifikasinya pula, peranti Windows Phone 8 paling murah, Lumia 620 ini didatangkan hanya dengan sokongan sambungan 3G, paparan skrin TFT sebesar 3.8 inci, beresolusi WVGA 800 x 480 dengan teknologi ClearBack untuk memudahkan pengguna melihat skrin walaupun dalam keadaan luaran yang amat cerah. Lumia 620 hadir dengan RAM sebesar 512 MB, memori dalaman sebesar 8 GB dan menyokong memori tambahan microSD sehingga 64 GB. Telefon pintar ini turut dimuatkan dengan kamera belakang 5 MP yang boleh digunakan untuk merakam video HD 720p dengan 30 frame-per-second. Kamera itu turut hadir dengan LED flash. Smartphone ini juga menyokong teknologi Near Field Communication (NFC) selain sambungan asas seperti Wi-Fi a/b/g/n, Bluetooth 3.0 dan micro USB. Telefon ini dipacu oleh pemacu Snapdragon S4 dua teras berkelajuan 1 GHz. Sayangnya, Lumia 620 tidak hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar seperti Lumia 920 dan Lumia 820.



Setakat ini, belum ada lagi harga runcit cadangan untuk Lumia 620 di Malaysia, tapi yang pastinya, telefon pintar ini akan dilancarkan pada kadar harga yang rendah untuk menarik minat pengguna.

Saturday, December 15, 2012

Teaser Peranti BlackBerry 10 'London'


BlackBerry bukanlah satu nama yang asing buat pengguna smartphone. Kemungkinan besar semua sudah tahu yang Research In Motion (RIM), syarikat yang membangunkan telefon pintar BlackBerry atau nama manjanya 'BB'. Pasti ramai yang sudah mengetahui berita tentang kemunculan peranti BB 10 yang dikenali dengan codename 'London'. Beberapa hari lalu, RIM telah mengeluarkan teaser peranti BlackBerry 10 'London' seperti gambar di atas.


Telefon pintar BlackBerry sememangnya dikenali dengan binaan telefon yang berpapan kunci fizikal, tetapi untuk 'kelahiran baru' RIM yang hampir gulung tikar, RIM telah mereka semula produk popular mereka itu dengan berpegang kepada motto terbaru mereka iaitu 'Re-designed. Re-engineered. Re-invented'. Tidak rahsia lagi yang bentuk smartphone BB London juga lebih ringkas seperti iPhone, tetapi hadir dengan ciri-ciri tersendiri. Boleh dikatakan 'London' adalah BlackBerry Playbook versi mini. Seperti yang sedia maklum, BlackBerry popular dengan papan kekunci fizikal mereka jadi untuk menghasilkan telefon bimbit tanpa kekunci fizikal merupakan satu risiko buat mereka. Walau bagaimanapun, pihak RIM tidak sama sekali menjadikan risiko itu satu halangan buat mereka, malah mereka telah mengkaji penggunaan skrin sentuh dan menaik taraf sistem penaipan menerusi kekunci maya yang boleh menyaingi penggunaan kekunci fizikal pada peranti-peranti BlackBerry yang lain masa ini. Anda boleh lihat video dibawah untuk mengetahui lanjut tentang inovasi papan kekunci maya ini.



Menurut Vivek Bhardwaj antara ciri-ciri inovatif yang terdapat pada peranti BlackBerry 10 itu ialah keupayaan untuk mengesan kesalahan dalam penjarakan antara perkataan. Peranti tersebut berupaya untuk membetulkan kesalahan tersebut secara automatik dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Jadi sekiranya anda menulis mesej dengan pantas dan terlupa untuk menekan 'space bar', anda tidak perlu lagi risau. Malah, rekabentuk kekunci virtual itu memudahkan pengguna untuk menaip mesej dengan satu tangan tanpa banyak kesalahan.


Khabar angin mengatakan smartphone BlackBerry 10 London ini akan hadir dengan skrin 4.2 inci, beresolusi 1280 x 768 pixel, pemacu dua teras, 16 GB memori dalaman dan berupaya menyokong memroi tambahan microSD,  1 GB RAM, dan menyokong teknologi Near Field Communication (NFC). Peranti BlackBerry 10 'London' akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Januari tahun depan.

Kegagalan Microsoft Surface?


Mungkin anda pernah mendengar tentang Microsoft Surface, sebuah tablet keluaran syarikat yang diketuai oleh Bill Gates yang tidak mahu ketinggalan dalam perlawanan teknologi diantara tablet iPad dari Apple dan tablet-tablet Android dari syarikat seperti Samsung, HTC dan Sony. Walaupun begitu, nampaknya Surface gagal menunjukkan sebarang impak kepada pasaran tablet yang dikuasai oleh produk Apple.


Menurut sebuah kajian oleh Ipsos untuk Thompson Reuters, hanya 4% dari bakal pembeli tablet memilih untuk membeli Surface. Jumlah itu adalah amat sedikit berbanding dengan 42% bakal pengguna inginkan iPad mini, tablet terbaru dari Apple yang bersaiz kecil berbanding dengan iPad generasi sebelumnya. 16% mahukan Kindle Fire, sebuah tablet dari Amazon manakala 14% mahukan tablet dari Samsung. Menurut firma Detwiler Fenton yang berasas di Boston, Microsoft hanya berjaya menjual kurang 1 juta unit Microsoft Sruface pada suku pertama kemunculannya. Ini bukanlah berita baik buat Bill Gates.

Salah satu punca kegagalan Microsoft Surface adalah berikutan dengan kegagalan promosi Microsoft Surface itu sendiri. Malah, tablet tersebut hanya boleh didapati di kedai-kedai Microsoft sahaja menjadikan tablet ini terhad dan sukar untuk didapati. Tetapi baru-baru ini, Microsoft sudah mula menjual tablet Surface itu melalui gedung jualan besar Best Buy dan Staples untuk menaikkan jualan.

Microsoft Surface dikuasakan oleh Windows 8 dah hadir dengan spesifikasi menarik. Tetapi sejak dari awal kemunculannya, Surface telah berhadapan dengan pelbagai aral yang melintang. Pada awalnya, Surface dijangka mampu memecah tembok jualan yang semakin dikuasai oleh Apple tetapi sangkaan itu meleset.


Walau bagaimanapun, Microsoft Surface merupakan peranti Windows 8 dan Windows RT yang popular iaitu sebanyak 6% diikuti HP 2000 sebanyak 3% dan HP Pavilian g6 sebanyak 2%.

Friday, December 14, 2012

Sony Perkenal Xperia E dan Xperia E Dual


Sony semakin giat menghasilkan telefon pintar dari model Xperia mereka. Terbaru, Sony telah memperkenalkan Xperia E dan Xperia E dual. Kedua-dua model ini merupakan telefon pintar entry-level. Rekabentuk kedua-dua telefon ini seruap tetapi berbeza keupayaannya.



Persamaan

Xperia E dan Xperia E dual mempunyai persamaan dari segi rekabentuk, skrin sentuh sebesar 3.5 inci 320 x 480 pixel dan hanya menyokong warna sebanyak 262 000. Kedua-duanya sama saiz dan sama berat.  Xperia E dan Xperia E dual turut hadir dengan kamera belakang dengan sensor 3.2 megapixel. Smartphones ini juga menyokong sambungan 3G.

Antara ciri-ciri yang hadir bersama kedua-dua telefon ini ialah fungsi xLOUD Experience yang membolehkan  teknologi tapisan audio untuk kualiti audio yang lebih jelas dan tajam. Turut hadir ialah teknologi baru yang dipanggil HD Voice yang hanya terdapat pada Xperia E dan E dual ini. HD Voice membolehkan suara anda didengari oleh rakan anda dihujung talian tanpa sebarang gangguan bunyi-bunyi luaran walaupun anda berada dalam persekitaran yang bingit. HD Voice memberikan fungsi noise-cancellation yang hebat supaya suara anda boleh didengari dengan jelas dan kuat tanpa sebarang gangguan dihujung talian.


Perbezaan


Untuk pengetahuan anda, Xperia E dual menyokong fungsi dua kad SIM manakala Xperia E hanya menyokong fungsi kad SIM tunggal. Sekiranya anda tidak suka mencampurkan urusan pejabat atau bisnes dengan urusan peribadi, Xperia E dual sesuai untuk anda. Selain dari itu, Xperia E dilancarkan terus dengan dikuasakan oleh versi Android paling bari iaitu Android 4.1 Jellybean, tetapi Xperia E dual hanya dikuasakan oleh Android 4.0 Ice-cream Sandwich. Walau bagaimanapun, ia boleh dinaiktaraf kepada Android 4.1.


Xperia E boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan merah tetapi Xperia hanya boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas. Kedua-dua telefon pintar ini juga berbeza dari segi saiz memori tambahan yang boleh disokong. Xperia E boleh menyokong memori luaran microSD sehingga 32 GB manakala kembarnya hanya boleh menyokong sehingga 4 GB sahaja.

Buat masa sekarang, Sony belum mengumumkan lagi harga runcit bagi kedua-dua smartphone ini, tetapi yang pastinya ia tidak akan mencecah seribu ringgit. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Xperia E dan Xperia E dual, anda bolehlah mengunjungi laman web rasmi Sony.


Lumia 920 dan Lumia 820 Dikuasakan Windows Phone 8 Taruhan Nokia


Baru-baru ini, Nokia telah melancarkan model telefon terbaru yang dikuasakan oleh Windows Phone 8 iaitu Lumia 920 dan Lumia 820 untuk pasaran Malaysia. Walaupun nama Nokia semakin merudum semenjak kehadiran iPhone dan telefon-telefon Android, Nokia semakin galak dan berani memperkenalkan telefon pintar yang lain dari yang lain. Lumia 920 dan Lumia 820 adalah telefon upgrade dari model-model terdahulu seperti Lumia 800 dan Lumia 900 yang hadir dengan sistem operasi (OS) Windows Phone 7.5 Mango yang hanya boleh dinaiktaraf kepada Windows Phone 7.8. Kedua-dua telefon pintar ini hadir tengan antaramuka pengguna Live Tiles yang sangat menarik yang boleh diubah mengikut kreativiti anda.


Nokia Lumia 920


Lumia 920 ini dipacu oleh pemacu dua teras Snapdragon S4 berkelajuan 1.5 Ghz. Telefon pintar yang kukuh binaanya yang diperbuat dari polycarbonate ini disertakan dengan lensa kamera dari Carl Zeiss dengan teknologi Pureview yang boleh menangkap gambar sehingga 8.7 megapixel, tidaklah sehebat sepupunya iaitu Nokia Pureview 808 yang mampu mengambil gambar mencecah 41 megapixel, tetapi boleh mengambil gambar yang cantik walaupun dalam keadaan gelap. Telefon ini juga mampu memberikan kepuasan ketika pengambilan gambar dan video dalam apa jua keadaan dengan adanya teknologi Optical Image Stabilization (OIS). Walau bagaimanapun, Lumia 920 tetap tidak menghampakan dengan kehadiran skrin PureMotion Display HD+ yang terang dan jelas, tidak kisahlah sekiranya anda menggunakan telefon ini dibawah cahaya yang terang. Smartphone ini juga hanya menyokong memori dalaman sebesar 32 GB tanpa sokongan memori tambahan.


Penggunaan bateri telefon pintar ini juga antara yang terbaik, dengan ketahanan bateri ketika sambungan panggilan 3G tanpa henti sehingga 10.8 jam. Sayangnya telefon ini juga menyediakan sambungan LTE (4G) serta menyokong teknologi Near Field Communication (NFC) untuk memudahkan anda menyambungkan telefon itu dengan speaker luar mahupun untuk tujuan pembelian pada masa akan datang. Yang paling menarik, Nokia Lumia 920 dan Lumia 820 adalah telefon pintar yang pertama menyokong teknologi pengecas tanpa wayar (wireless charging). Lumia 920 juga dilengkapkan dengan software Microsoft Office dan Outlook untuk memudahkan anda melakukan kerja ketika dalam perjalanan di dalam kereta, bas, monorel atau LRT.





Berbanding dengan kebanyakan smartphone masa kini, rekaan badan Lumia 920 boleh dikatakan agak besar dan berat, tetapi, itu tidak sepatutnya membantutkan niat anda untuk mendapatkan telefon pintar yang hebat ini. Lumia 920 didatangkan dalam pelbagai warna; hitam, kelabu, merah dan kuning.

Harga runcit yang disyorkan untuk Lumia 920 ialah RM 1999. Smartphone ini juga boleh didapati melalui syarikat telco Digi bermula dari RM 1099.





Nokia Lumia 820


Tidak kurang seperti abangnya, Lumia 920, Lumia 820 turut memperkenalkan ciri-ciri menarik untuk anda. Lumia 820 menyokong beberapa fungsi sama seperti Lumia 920 iaitu fungsi pengecasan tanpa wayar, Microsoft Office dan Outlook, dikuasakan oleh Windows Phone 8, dan pemproses Snapdragon S4 berkelajuan 1.5 Ghz. Tetapi terdapat beberapa perbezaan yang menjadikan Lumia 820 berbeza berbanding abangnya. Lumia 820 didatangkan dengan kerangka yang boleh diganti. Kerangka asal boleh didapati dalam tujuh warna berbeza iaitu ungu, cyan, kelabu, hitam, putih, kuning dan merah. Saiz skrin pada Lumia 820 lebih kecil iaitu sebesar 4.3 inci dan berbabding dengan Lumia 920 yang hanya menyokong memori dalaman, Lumia 820 boleh menyokong memori luaran tambahan microSD sehingga 32 GB. Paparan skrin telefon ini pula merupakan paparan AMOLED dengan teknologi ClearBack.Kameranya pula hanya berbeza sedikit dari Lumia 920, iaitu sokongan pengambilan gambar sehingga 8.0 megapixel.


Selain itu, telefon ini juga dimuatkan dengan aplikasi seperti Nokia City Lens dan teknologi Smart Shoot pada kameranya. Nokia City Lens merupakan sebuah teknologi yang membolehkan anda mendapatkan informasi tentang sesuatu tempat hanya dengan menghalakan lensa kamera anda ke satu tempat yang anda pilih. Teknologi ini akan memproses imej augmented reality itu dan akan memberitahu anda restauran, panggung wayang, kedai-kedai runcit dan banyak lagi. Teknologi Smart Shoot pula membolehkan anda mengambil gambar secara bersiri dan kemudian menggabungkan gabar-gambar tersebut menjadi satu gambar supaya anda dan rakan-rakan anda nampak bergaya dalam setiap foto.

Harga runcit yang disyorkan untuk Nokia Lumia 820 ialah RM 1599. Smartphone ini juga boleh didapati melalui syarikat telco Digi bermula dari RM 699.

Selamat Datang iPhone 5


Selamat Datang ke Malaysia iPhone 5!

Secara rasminya, iPhone 5 telah datang ke Malaysia pada 14 Disember 2012. Walaupun begitu, tidak dinafikan ada warga Malaysia yang sudah pun menukar telefon pintar mereka ke iPhone 5 semenjak telefon keluaran Apple itu dilancarkan di tempat-tempat lain di dunia seperti di Amerika, United Kingdom malah di Singapura.

Sekiranya anda boleh membaca artikel ini, agak mustahil sekiranya anda tidak mengetahui apa itu iPhone 5. Telefon pintar iPhone 5 ialah sebuah produk keluaran syarikat gergasi dunia, Apple yang kini diterajui oleh Tim Cook selaku CEO terbaru selepas pemergian mendiang Steve Jobs. iPhone 5 ialah telefon pintar iPhone generasi yang ke-6 selepas iPhone 4S. Sebelumnya, Apple telah mengeluarkan iPhone 2G, iPhone 3G, iPhone 3GS, dan iPhone 4.

Dari segi teknologinya, iPhone 5 dikuasakan oleh sistem operasi (OS) terbaru Apple iaitu iOS 6 serta dipacu oleh cip yang juga terbaru olek syarikat itu, cip Apple A6 yang berkelajuan hampir dua kali lebih pantas berbanding cip sebelumnya, Apple A5. Walau yang demikian, iPhone 5 masih memberikan pengguna telefon pintar dua teras berbanding dengan telefon pintar empat teras pada telefon-telefon pesaing seperti Samsung Galay Note 2 dan HTC One X. Lagi yang terbaru untuk iPhone 5, telefon ini menyediakan slot kad SIM bersaiz nano berbanding dengan kad SIM micro pada iPhone 4S dan iPhone 4. Telefon pintar ini juga memeberikan teknologi sambungan yang lebih maju dengan keupayaan sambungan LTE (4G), DC-HSDPA serta sambungan Wi-Fi a/b/g/n, selain dari sambungan-sambungan asas.


Dari segi fizikalnya pula, iPhone 5 adalah 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan berbanding iPhone 4S. Hadir dengan ketebalan hanya 7.6 mm dan seberat 112 gram sahaja, telefon pintar Apple itu akan terasa lebih mudah dan ergonomik untuk dipegang. iPhone generasi ke-enam itu juga hadir dengan skrin yang lebih besar berbanding iPhone sebelumnya, iaitu dengan skrin berteknologi Retina Display 4.0 inci dan pixel 640 x 1136. Oleh kerana skrin yang lebih besar, kiraan pixel-per-inch (ppi) intuk iPhone 5 adalah kurang, iaitu sebanyak 326 ppi berbanding 330 ppi pada iPhone 4S dan iPhone 4. Telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan itu juga boleh didapati dengan saiz memori 16 GB, 32 GB atau 64 GB. Telfon ini boleh didapati dalam dua versi: Black and Slate, dan White and Silver.


Antara ciri-ciri terbaru yang boleh didapati pada telefon ini ialah sokongan kamera FaceTime 1.2 Megapixel untuk gambar dan rakaman video HD 720 pixel, serta sensor pencahayaan bahagian belakang. Untuk kamera belakang pula, iPhone 5 masih mengekalkan kamera 8 megapixel seperti yang terdapat pada iPhone 4S beserta fungsi-fungsinya seperti fokus automatik, tekan-untuk-fokus, LED flash, pengecaman wajah dan banyak lagi. Namun ada sedikit peningkatan semasa penggambaran video iaitu penstabilan video yang dipertingkatan, pengambilan foto ketika rakaman video, dan pengecaman wajah. iPhone 5 juga hadir dengan lightning connector, sejenis sambungan USB terbaru dari Apple yang tahan lasak serta menyumbang kepada rekabentuk telefon itu lebih nipis.

iPhone 5 Apple ini boleh didapati secara atas talian dengan membelinya secara terus di Apple Store bermula dari RM 2199, atau pun dari Celcom (harga telefon bermula dari RM 278), Digi (harga telefon bermula dari RM 2012), dan Maxis (harga telefon bermula dari hanya RM 0!). Untuk lebih informasi tentang telefon pintar ini, pergi ke laman web rasmi iPhone 5 dari Apple.

Harga runcit yang disyorkan (RRP) untuk iPhone 5
16 GB - RM 2199
32 GB - RM 2499
64 GB - RM 2799